I know this sounded stupid. But I found this text in my hard disc -- dan rasa sangat sayang untuk delete... Yet, I need to declutter my hard disc...
So -- might as well put it somewhere.
I wrote this -- betul-betul lepas bangun tidur. You know, the kind of dream yang buat kau rasa macam sesuatu -- like -- some critical part of life that you don't want to miss.
Haih. Apa ajalah.
***
Ini satu kisah –
kegilaan yang tercetus – ilham dari mimpi – di satu pagi hari, dengan hujan
renyai-renyai – mendamaikan.
“Apa kata kita lari ke
Sydney? I have always wanted to go
there.” Kata gadis genit (teman wanita
kepada adik hero) dengan cemas.
“Boleh juga, it’s a
very organized place. I’ve been there,
dan suatu tempat yang bagus untuk settle down, dan lari dari kegilaan
ini.” Kata heroin, gadis cantik, tinggi,
dengan cheekbones yang menjojol keluar, paras seakan supermodel jepun yang
berwajah tegas.
“Tapi macam
mana?” kata si lelaki (adik hero),
sedikit tembam, bermata sepet, tetapi kelihatan sungguh manis dan lucu – dan
seperti seorang yang berhati mulia.
Semua terdiam. Termasuk si pemandu yang sedang memecut,
melalui kawasan kebun pisang – hero yang mempunyai rambut seakan Ariel Peter
Pan, tampan, ganteng, berpakaian ‘kimono’ tradisi Jepn berwarna hitam. Dia mempunyai pilihan untuk kembali kepada
kemewahan dan kesenangan yang dikecapinya dalam hidup yang serba hitam, atau
menjadi si papa yang memulakan hidup baru.
Dia memilih menjadi
papa – kerana seorang wanita. Dia
dikejar baying-bayang hitam itu kerana seorang wanita. Dia terpaksa membunuh penguatkuasa itu,
kerana seorang wanita.
Dan ini telah
mencetuskan 4 watak baru di dalam kisah hidup mereka, dan tanpa mereka sedari,
keputusan yang diambil pada hari ini adalah sesuatu yang bakal mengubah corak
hidup mereka selamanya, menjadi impian yang bakal mereka kecapi dengan cabaran
yang membuatkan sesiapa sahaja mahu berada di dalam kasut mereka.
Perbualan ini telah
membawa mereka kepada technician di kapal terbang (hero), pramugari (teman
wanita adik hero), tukang masak di restoran berhampiran lapangan terbang (adik
hero), dan pegawai di jabatan pendaftaran Negara (heroin).
Hanya satu matlamat mereka. Mereka cuma ingin lari dari perangkap samar
itu, dan mulakan hidup yang baru.
Mudah.
***
Lepas tu, aku terbangun tidur.
No comments:
Post a Comment