Friday, January 29, 2010

hazard


Ini adalah bahaya.

Dipanggil sayang adalah bahaya.
Setiap celik mata mendapat mesej dipanggil sayang adalah bahaya.
Diajak berjumpa hanya untuk memberi planner 2010 percuma adalah bahaya.
Kerap dibelanja adalah bahaya.
Dipuji makin cantik berseri adalah bahaya.

Tiada teman rapat yang betul-betul boleh bikin aku becok adalah bahaya.
Berjumpa dengan manusia sebegini yang boleh bikin aku becok adalah bahaya.

Terlalu lama tidak menghadapi descent conversation adalah bahaya.
Berbual hingga tergelak terbahak-bahak adalah bahaya.
Pulang ke rumah dengan perasaan gembira kerana perbualan berisi adalah bahaya.
Si remedi yang terlalu jauh adalah bahaya.

Setakat itu aja, jangan lebih, nothing more, ok? 
Bahaya...

Dan Dora dearie.  Jangan cucuk aku.  Tak perlu mengada-adakan apa yang tiada apa-apa.  Bahaya...
Boleh mendorong suatu yang tiada apa-apa kepada sesuatu yang ada apa-apa.  Bahaya...

No comments: