Aku pandang masa depan dan aku rasa (bukan dengan lidah) yang aku ada potensi untuk menjadi seorang yang workaholic.
Boss baru (dan bilik baru) (dan komputer baru) (dan meja baru) (dan kerusi baru) (dan sijil *ehem* baru) (dan bulatan kawan baru) ini membuatkan aku teruja mahu mula kerja jam 8 pagi dan berangkat pulang jam 6.30 petang.
(Kalau tak sebab cerita hantu, ada potensi untuk balik jam 10 malam).
This new thing excites me, dude!
Jadual penuh, kecuali hujung minggu, sebab itu masa untuk ibu bapa kakak-kakak yang merinduiku dan hari untuk melawat kucing kesayangan.
Minggu depan kursus di tepi pantai. Minggu depan-depan bengkel di Melaka. Minggu depan-depan-depan turun padang masuk kilang sekitar Shah Alam jadi pelawat terhormat untuk student kesayangan.
Dan aku terlupa yang aku ada boyfriend. Kehidupan tanpa gangguan kata-kata emosional-romantik-patah hati membuatkan aku rasa macam dilahirkan semula.
And why exactly do I need to be married?
Ha-ha-ha (dan ini ketawa ikhlas dari hati yang tulus).
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment