The 'Atsui Yasumi' -- The summer holiday.
Banyak benda yang sepatutnya aku buat.
Seperti beli barang dapur (bawang merah and all kind of meat dah habis by the way), kemas dapur, basuh baju baby yang berlambak husband bawak dari Malaysia from his previous visit, kemas baby's wardrobe, do some interior make-over for a more conducive baby environment, pack the 'hospital' bag for the big teran-teran day, and et cetera et cetera....
But I ended up spreading the futon at the living hall, in front of the TV, pasang aircond since it's summer -- layan kan movie marathon, live stream cerita yang tah-hape-hape, dan tidur pukul 2 pagi, bangun pukul 4.50 pagi untuk Subuh, tidur balik dan bangun semula jam 12 tengahari -- atas alasan I need a good rest and full stock of energy for the teran-teran day. Suami dah balik Malaysia, jadi tak ada kekangan dan keperluan untuk bangkit pagi-pagi masak sarapan and lunch sedap-sedap sebab macam yang pernah aku kata dulu, bila kau kena masak dan makan sorang-sorang, it's not that exciting to prepare a meal ala Jamie Oliver style.
Ok -- so, aku berjaya basuh baju baby, but ended up drying it in the house since it has been raining for the past 2 days -- dan hujan menjadikan alasan yang lebih kukuh untuk aku duduk di rumah dan tak pergi ke mana-mana. The only walking exercise I did is walking 3-4 langkah ke dapur, toilet, jamban, dan bilik tidur. Rumah aku macam setinggan yang didiami mat rempit -- sebab penuh baju bersidai dekat birai langsir -- uggghh, I really hate that sight.
But still, aku ignore that sight, bake cookies tengah malam, dan read a good book yang dah lama aku tangguh -- and let me tell you -- that is the closest feeling I have ever had to being home in my comfort zone. I managed to finish Shai's 770 pages of book in 2 days -- and now it's Sunday. Dan aku dah mula dread the idea of the coming Monday sebab aku rasa aku kena masuk lab, tunjuk muka, dan mencuba untuk buat apa-apa yang produktif sebagai seorang PhD candidate... And that is the last thing I want to do at this moment....
Aku nak golek-golek dalam gebar (walaupun bergolek-golek dah jadi aktiviti yang perit untuk tulang pelvik aku sekarang), bangun lambat, tengok TV, mengaji, just baring and doing nothing -- sebab aku tau for the coming weeks, aku mungkin dah tak akan dapat menikmati perkara sebegitu.
I am now officially 38 weeks pregnant (ikut perkiraan medical, bukan ikut perkiraan usia perkahwinan). 38 weeks adalah official timeframe yang mana kau dah boleh guna term 'menunggu hari' -- dan aku sangat nervous.
Subuh tadi, ada very light blood discharge yang buat aku bertambah nervous. Please, not now... Hubby cuma akan sampai lagi 8 hari. Aku harap baby dapat bersabar sampai dia dengar suara papa dia yang super kuat itu sebelum decide untuk keluar. Please please. Takut nak hadapi sorang-sorang. Beg pergi hospital belum betul-betul pack dengan teliti. Rumah masih macam tongkang pecah. Dan aku still dalam mood malas untuk mengemas.
Ok, nak tidur. Dan hilangkan rasa nervous. Erm, bukan sepatutnya pack bag hospital ke and be prepared for any uncertainties...? Takmau! Kena keluar bila papa dia dah sampai Jepun. Please please...
No comments:
Post a Comment