Adik bongsu seorang kenalan saya baru meninggal awal minggu ini. Pernah gak berjumpa sekali-dua, waktu pergi rumah dia masa open house raya dulu-dulu. Agak rapat dengan kakaknya yang merupakan kawan sekelas masa degree dulu. Muda lagi budaknya, rasanya baru nak ambil PMR. Riki page wall dia, status update terbaru adalah berkaitan demam yang tak kebah-kebah dan kerisauan kerana musim peperiksaan menjelang tiba. Dikhabarkan punca kematian berkemungkinan kerana denggi.
Dalam beberapa minggu lepas, terbaca kisah mengenai seorang bekas teman serumah yang juga baru kehilangan adik ipar. Arwah dikatakan sebagai seorang murah dengan senyuman dan ceria. Dipercayai telah pergi sewaktu tidur. Punca kematian tidak diketahui. Muda juga. Belajar di MRSM.
Dalam beberapa bulan sebelum itu, rakan baik Abah telah pulang ke pangkuan Ilahi. Tiba-tiba sahaja jatuh, dan tidak sedarkan diri. Dikejarkan ke wad kecemasan, berkemungkinan akibat komplikasi di otak. Koma 5 hari, dan terus pergi buat selamanya. Beliau kerap datang ke rumah untuk kerja wiring dan repairing segala macam di rumah ini. Baru beberapa minggu sebelum pemergian beliau, beliau telah datang ke rumah dan bersama-sama Abah membuat kerja pembaikan di tangki di bumbung rumah. Dikenali sebagai a 'househusband' -- namun bergiat aktif dengan projek pembaikan di rumah untuk menyara hidup keluarga, dan tidak lupa dengan aktiviti masjid.
Mati ni - tak kira kita tua ke, kita muda ke. Kalau dah datang, tetap datang. Itu kan pasti.
Mati untuk kita? Entah hari ini, entah malam ini, entah hari esok, entah 100 tahun lagi? Dan bila tiba satu waktu itu, adakah kita akan betul-betul bersedia untuk our final evaluation? Tak ada 'take home test', 'delayed assignments' - once done, it's done.
Masa kecil, selalu fikir 'aku muda, mati jauh lagi'.
Bila dah remaja, fikir 'aku sihat, mati jauh lagi'.
Semakin tua diri kau, semakin banyak berita kematian dilonggokkan dalam hidup kau, yang membuat kau sedar yang kematian itu adalah sebenarnya unsur yang paling dekat dengan diri.
Dulu, kalau ada orang meninggal, kebanyakannya tak ada emotional attachment dengan aku. Kawan mak, kawan abah, kawan kepada kawan mak, kawan kepada kawan abah yang aku tak ingat rupa parasnya. Tapi sekarang, mereka yang terpilih untuk pergi adalah dari kalangan yang berkaitan dengan mereka yang pernah aku jumpa dan berbual bersama. It makes you think -- 'how are they in the other world...?'
Setiap kata, setiap kutukan, setiap gaya yang dipamerkan di blog dan facebook, setiap lenggok perilaku, setiap saat mencuri tulang, setiap semua yang sesuatu yang kau rasakan tidak cukup sesuatu akan dihitung. Tak ada satu pun yang tertinggal.
Takut kan?
Masalah cinta, masalah kekasih, masalah kerja, masalah kisah silam -- is now nothing compared to this.
Have a blessed Ramadhan, y'all.
2 comments:
Dalam bulan Ramadhan ini saje, I've heard 3 deaths including 2 org yg you ceritakan ni.. in this year alone, I have lost 2 persons that really close to me. This year made me really think about death more seriously. Macam tak bersedia je... MasyaAllah.
Yeah...
The first 2 is someone yang both of us are aware of.. dua-dua lagi muda dari kita...
it just makes us wonder how prepared we r if our time really comes.. rasa mcm tak pernah buat apa2 persediaan pun utk benda tu..
Kena mula baiki diri ni dari sekarang! :-)
Post a Comment