Sabtu, Ahad:
Berlibur. Masa berjimba-jimba dengan kawan-kawan, berseronok untuk diri sendiri, letak tepi moppy issues dan rasa rindu pada orang jauh, makan minum sedap-sedap dan kenyang-kenyang — semua untuk diri sendiri — dan baby lemon. Itu aja yang dapat tahan diri dari terlalu menagih perhatian mengada-ngada pada suami.
Balik, malam, rutin yang biasa, satu tangan pegang perut, mengharap sesekali baby lemon tendang-tendang bagitau yang dia ada temankan, dan satu tangan pegang handphone dengan harapan hubby sudi jadi bubbly sekali-sekala dalam SMS, dengan TV terpasang dan ditengok dengan pandangan kosong. Scroll atas, scroll bawah, scroll atas, scroll bawah.
Sebelum tidur, standard skrip,
"Nitey nite."
"Sweet dreams."
"Love u."
Monday.
Hari paling susah nak mula kerja. Lepas dua hari lupakan hal kerja, hari untuk balik berfikir benda yang menyesakkan dada kau — sangat payah. Aku bangun awal, macam biasa, tak tahan nak terkencing, terus ambil wudhu, solat Subuh, mengaji dalam satu dua surah — dan habis dalam 6.30am. Minum air, makan kurma dua-tiga biji.
Lepas tu, terkebil-kebil lagi. Taktau nak buat apa.
In fact, ada banyak benda boleh buat. Banyak journal aku boleh baca. Banyak research plan aku boleh prepare. Banyak baju aku boleh lipat dan kemas. Banyak breakfast aku boleh prepare. At least, boleh mandi segarkan diri.
Aku rasa kosong.
Sejuk.
Selalu aku pilih untuk masuk balik dalam selimut.
Tertidur lagi — sampai 11 pagi.
Habit procrastinate aku makin teruk.
Maafkan mama, baby.
Terus bangkit, mandi, siapkan breakfast yang super-lambat, makan dulu, risau terpitam lagi dalam perjalanan ke lab.
Sebelum masuk lab, singgah kafe, makan tengahari — sebelum halal dishes habis.
Masuk lab, mula baca satu paper. Baru sampai setengah content — kepala aku dah menerawang pikir menda-menda lain. Mula main h/phone, tengok live updates pasal the missing airplane, scroll atas, scroll bawah — sampai la ni pukul 5pm, masih tak ada momentum lagi. My head is not at the right place now.
What the hell is wrong with me man!
Biasanya balik dalam pukul 6. Kalau rajin, pukul 8pm baru gerak. Balik awal ke, balik lambat ke, sama aja — bercakap dengan dinding jugak nanti. Masak, makan, sedar-sedar dah pukul 10.30 malam. Terus solat, mengaji, tengok-tengok, dah 11 lebih, ulang balik standard skrip yang sama.
"Nitey nite."
"Sweet dreams."
"Love u.”
Tidaklah sengsara duduk sini. Kedai-kedai dekat sini semua, barang terbaru, lagi murah daripada yang di M’sia — shopping heaven kot. Cuma kadang-kadang lonely. Tak kira ada banyak mana wonderment dekat tempat tu, it literally means nothing if you couldn’t share it with the people you love.
In fact kalau aku rajin, serajin waktu-waktu aku dekat Melaka, dalam 2 bulan sepatutnya dah boleh siap comprehensive research plan.
Ini dah masuk 3 bulan. Progress aku macam siput babi. Cuma bertuah dapat Sensei yang sangat baik hati — dan understanding.
Tidaklah terlalu mengharap perhatian dari orang-orang sekeliling untuk bertanya keadaan aku. Deep down, hati aku bukan dekat sini. Macam, lost somewhere out there. Aku cuma minta empathy. To know how it feels to be in my shoes.
Aku seriously respect orang yang dapat sambung belajar sorang diri dia — dekat tempat yang bukan bahasa lingua franca dia. Ok, mungkin letak satu baby dalam perut dia. Dan jauhkan suami dan keluarga dia dalam 4 bulan. Dan mampu terus hidup subur gagah. Aku respect.
Tapi jangan sesekali cuba dibandingkan aku dengan kawan-kawan lain yang ber-PJJ dengan suami, setakat Johor-Melaka. Kuala Lumpur-Melaka. Yang balik seminggu sekali. Atau seminggu dua kali. Yang tak ada masalah hidung berdarah bila berjalan dalam sejuk. Yang tak perlu bersengkang memilih-milih ingredient dalam makanan demi sesuap makanan halal. Yang tak perlu memakai berlapis-lapis baju hanya untuk memasak di dapur di musim winter yang tak sudah-sudah. Yang sentiasa ada kawan keliling pinggang untuk buat kau gelak ketawa — kerana bahasa yang sama, fahaman yang sama.
Jangan banding subur gagahnya dia untuk jadi pencetus motivasi aku — sebab rasanya tu, lebih mematikan aku.
Lebih baik cakap ini aja, “Awak balik lah. Abang rindu.” Sebab dengan green light sebegitu aja yang buat aku rasa hidup balik.
Cukup.
I despise Monday. My head is not at the right place, my heart is not here, am like a walking cadaver without any soul. Procrastinate habit dah makin teruk. Semua Monday punya pasal.
Nak sup ekor kedai Andalas. Nak murtabak Kampung Melayu Johor. Nak ikan siakap banyak-banyak rasa - jangan letak nenas, plis. Nak telur bungkus. Nak daging masak merah. Nak ikan kembung masak stim. Nak roti Gardenia nipis-nipis lembut-lembut. Nak lempeng kelapa sebelah balai polis. Nak sayur kailan ikan masin. Nak kerang rebus. Nak roti canai rangup. Nak ayam masak merah makcik tasik. Atau ayam goreng sweet-sweet kedai tepi mesjid. Nak JCo donut yang ada chocolate rice atas dia tu. Takmo masak. Dapur sejuk!
Nak album Fynn Jamal.
No comments:
Post a Comment